Salam sejahtera.
Belum terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam yang menyambutnya. Bulan ini agak sibuk bagi kami dan alhamdulillah semua pelanggan kami masih memberi sokongan penuh kepada kami dalam menyiapkan tempahan mereka dan segala urusan kami juga dipermudahkanNYA.
Dalam entry kali ini kami ingin kongsikan tempahan daripada Kolej Profesional MARA Ayer Molek, Koperasi Kolej Profesional MARA Bandar Melaka, dan tempahan dari Hospital Besar Melaka.
Jom lihat hasil tempahan dari Kolej Profesional MARA Ayer Molek dahulu. Pn Rosdiyanah membuat T-Shirt dan menempah juga cenderahati iaitu "face towel" untuk Program yang dianjurkannya.
Ok sekarang kita lihat pula tempahan baju korporat dari Koperasi Kolej Profesional MARA Bandar Melaka.
Untuk makluman baju ini kami buat custom made mengikut permintaan pelanggan. Material yang digunakan adalah comb cotton.
Akhir sekali kami ingin kongsikan tempahan Dr Meneka dari Unit Kecemasan Hospital Melaka. Kami memang sayang sangat pada Doktor-Doktor di Hospital Melaka ini terutamanya Jabatan Kecemasan.Hehehe..
Mereka tidak putus-putus memberi sokongan kepada kami. Mula-mula dulu yang berurusan dengan kami adalah Dr Atikah, lepas tu pas pula kepada Dr Hana, lepas tu Dr Lim dan sekarang Dr Meneka. Orang kata turun temurun la. Sebab Doktor di Jabatan Kecemasan biasanya akan bertukar-tukar. Sebab tu syukur sangat walaupun bertukar-tukar Doktor, apabila ingin menempah Jacket mereka tetap akan berurusan dengan kami.Alhamdulillah..
Ok lah, jom lihat gambar hasil tempahan Dr Meneka.
Nampak gayanya sampai disini sahaja perkongsian kami. Jumpa pada entry akan datang. Ohh ye, jangan lupa hubungi kami sekiranya ingin menempah apa juga jenis pakaian/cetakan/sulaman. Call/sms/whatsapp kami ditalian 010-5669637 (Faizal)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Follow Kami di Instagram untuk mendapatkan maklumat dan promosi terkini daripada kami
Popular Posts
-
Adakah Anda Tercari-Cari Pembekal Baju, Perkhidmatan Mencetak T-Shirt & Sulaman, Baju Korporat F1, Jaket, Vest, Topi, Barangan Pre...
-
Sebagai panduan kepada para pelanggan, kami nyatakan jenis-jenis kain yang syarikat kami sediakan. Jenis-jenis kain tersebut adalah se...
-
Bertemu kembali... kali ini kami ingin berkongsi tempahan dari pelanggan kami Cikgu Riduan. Tempahan ini untuk tshirt dan baju muslimah. ...
-
Design personalized t-shirts online by searching from our various of unique design ideas. You can choose from our t-shirt design ideas such ...
-
Terdapat berbagai-bagai jenis cetakan t-shirt yang wujud di seluruh dunia. Di sini kami akan berkongsi serba sedikit kaedah-kaedah cetaka...
-
Anda mencari pembekal baju korporat murah? Anda mencari pembekal baju korporat berkualiti? Anda tiada masa hendak ke showroom ...
-
Salam Sejahtera kepada anda diluar sana. Entry kali ini kami ingin kongsikan tempahan baju korporat custom made daripada pelanggan kami di...
-
If you are looking for a gift with a personalized touch, a photo mug from bikinbajushop.com may be exactly what you are looking for. Person...
-
Entry kali ini kami ingin kongsikan pula beberapa faktor sebagai panduan untuk anda menyediakan budget sebelum mencetak apa-apa pakaian dima...
-
Salam sejahtera kepada anda diluar sana. Alhamdulillah hari ini kami ingin kongsikan tempahan jacket dari Lembaga Pelabuhan Johor. Kami...












0 comments:
Post a Comment