Kenali Kaedah Cetakan T-Shirt


Terdapat berbagai-bagai jenis cetakan t-shirt yang wujud di seluruh dunia. Di sini kami akan berkongsi serba sedikit kaedah-kaedah cetakan untuk pengetahuan kita bersama. Antaranya adalah:


1)SILK SCREEN

kaedah cetakan tshirt|silkscreen



Kaedah ini lebih popular digunakan kerana memerlukan kos yang sangat rendah. Akan tetapi, kaedah ini memerlukan kemahiran yang tinggi untuk memastikan kualiti setiap helai yang dihasilkan. Kaedah ini bukan boleh digunakan untuk t-shirt sahaja, tetapi boleh juga digunakan untuk produk-produk lain seperti tuala, nonwoven bag dan lain-lain lagi. Teknik jenis ini biasanya menggunakan TC dye ataupun dikenali sebagai dye biasa/ dye air (water base dye)


2) RUBBERIZED


kaedah cetakan tshirt|rubberized




Kaedah ini menggunakan dye getah dan dapat memberikan kesan yang menarik di atas t-shirt. Ianya kelihatan seperti sticker dan tiada masalah untuk dicetak di atas t-shirt terang atau gelap.



3) PLASTISOL


kaedah cetakan tshirt|plastisol




Percetakan jenis ini adalah lebih berkualiti berbanding dengan rubberize dan silkcreen biasa. Di Eropah, kebanyakan t-shirt dicetak dengan menggunakan kaedah ini. Ink plastisol boleh dicetak wet-on wet yang mana akan mempercepatkan masa produksi didalam printing.


4) STICKER PRINT


kaedah cetakan tshirt|sticker print




Sticker print adalah biasanya untuk design yang berbentuk gambar dan mempunyai warna gradient (sukar nak print kalau guna silk screen biasa). Kebiasaannya minimum kuantiti untuk sticker print ialah 100pcs. Ini adalah kerana ianya memerlukan kos yang tinggi.


5) HEAT TRANSFER.


kaedah cetakan tshirt|heat transfer




Percetakan jenis ini biasanya untuk kuantiti di bawah 10helai. Ini adalah kerana kosnya yang lebih tinggi tetapi tidak dapat tahan lama. Design akan di print ke atas transfer paper dan kemudian di tekapkan ke atas t-shirt dengan menggunakan mesin Heat Transfer.


6) EMBOSS


kaedah cetakan tshirt|emboss




Mesti anda pernah melihat design t-shirt yang jenis tulisannya timbul kan? Itulah yang dikatakan percetakan menggunakan emboss dye. Ianya sama seperti teknik rubbersize dengan menggunakan sejenis dye getah juga tetapi telah dicampurkan dengan bahan kimia dimana apabila dipanaskan dengan seterika ia akan memberi kesan timbul.

faham



Semoga anda bertambah faham jenis-jenis cetakan yang ada di dunia ini.


Rujukan:
3)Hafizi Zain, (2010). "Ebook Business T-shirt"

Dapatkan Sebut Harga Percuma Dari Kami:


NINE TO SIX TRADING (MA 0161017-X)
NO 9 JALAN SAUJANA 1/1, TAMAN SAUJANA SEKSYEN 1

75450 BUKIT KATIL, MELAKA
TEL       :019-3141480 (FAIZAL)
           
EMAIL    :sales@bikinbajushop.com

0 comments:

Post a Comment

300 x 250

Follow Kami di Instagram untuk mendapatkan maklumat dan promosi terkini daripada kami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts