
Salam Sejahtera kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan kami. Di sini kami akan kongsikan beberapa tips sebelum kita memilih kain untuk dicetak. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum mencetak sesuatu tshirt/baju/ iaitu:
1) Kemampuan Sendiri

Pilihlah kain yang betul-betul mengikut kemampuan kita. bak kata pepatah "berpijak pada kaki sendiri" betul ker pepatah ni?ker "berpijak pada bumi yang nyata".hehehehe...lebih kurang la bunyinya. kalau kita tak ada masalah berkenaan kos tak mengapa la kan ? kita boleh terus memilih apa jenis kain pon. suka untuk di kongsikan disini kain yang paling murah adalah jenis "Tetra Cotton (TC)"..namun begitu, ia bergantung juga pada stok kain tersebut.
2)Kegunaan Baju Tersebut
Disini ingin kami nyatakan, kalau kita mencetak tshirt untuk kegunaan sukan sekolah boleh la pilih kain cotton atau kain TC kerana ia murah dan sesuai untuk budak-budak sekolah tu kan ..kalau untuk tujuan main bola atau sukan lain pilih la kain microfiber yang menyerap peluh dan selesa untuk bersukan. yang memakai pon selesa dan nampak macam gempak kan dan ada "kelas" tersendiri. cuba la bayang kan kita main bola peringkat kebangsaan, tapi suma jersey guna kain cotton..nampak tak sesuai dan memalukan jer.hehehehe..dan lagi satu kalau untuk kegunaan syarikat-syarikat korporat pilih la kain yang sesuai contohnya cvc atau interlock yang boleh nampak gaya eksekutifnya dan sesuai untuk t-shirt berkolar. bayangkan la kita nak buat promotion untuk pameran-pameran peringkat International, tapi staf-staf kita pakai tshirt guna kain TC jer..kan tak sesuai dan menunjukkkan imej syarikat kita. nanti apa client kita kata..hehehe
Diharapkan dengan tips ini..serba sedikit boleh membantu kita dalam memilih jenis kain..minta maaf kerana kami menggunakan ayat tak formal disini..sajer jer nak guna bahasa pasar dan tak nak nampak formal sangat.hehehehe..

SELAMAT MEMILIH...

0 comments:
Post a Comment