Penentu Harga Cetakan Pakaian-Part 1

Salam kepada semua pelanggan dan pelawat website ini. Tiba masanya kami menunaikan janji untuk menyambung artikel berkenaan penentu harga cetakan pakaian. sila klik sini untuk artikel sebelum ini.


Mari kita teruskan dengan faktor-faktor lain yang menentukan harga cetakan pakaian kita. Antaranya adalah:


1)Waktu


waktuPenentu Harga Cetakan Pakaian-Part 1
Waktu tempahan kebiasaannya syarikat menetapkan 2 minggu sebelum tarikh pakaian ingin diambil. Oleh yang demikian cubalah merancang sebaik-baiknya untuk mengelakkan kelewatan. Sesetengah syarikat akan mengenakan caj tambahan sekiranya pelanggan membuat cetakan 'urgent' bergantung kepada faktor operasi sesebuah syarikat tersebut.


2)'Ready made' atau 'custom made'


'Ready made' bermaksud pakaian yang telah sedia ada dan kos pakaian ini murah sedikit berbanding 'custom made' memandangkan pakaian tersebut masih belum ada. Sudah tentu harga sedikit mahal jika dibandingkan dengan 'ready made'. Sesetengah syarikat diluar sana menetapkan minimum tempahan untuk 'custom made' ini. Ada yang menetapkan minimum 20 helai, 50 helai, 100 helai bergantung kepada sesebuah syarikat tersebut.


Kesimpulan:


Kita sebagai pelanggan sebolehnya kena bijak merancang dalam membuat cetakan tshirt ini. Pastikan kita mencetak dalam kuantiti yang banyak, kurangkan bilangan warna cetakan, tempah mengikut masa yang ditetapkan iaitu 2 minggu awal seelok-eloknya dan pilih produk ready made untuk mendapat kan harga yang murah.


Tetapi sekiranya kos bukan masalah bagi kita, sila abaikan artikel ini..sekadar berkongsi.


Sekian.


Note : Kami diBikinbajushop juga bertindak sebagai perunding kepada bakal pelanggan kami sekiranya mereka ada masalah dalam memilih pakaian dan cetakan mereka. HUBUNGI KAMI SEGERA!!!

0 comments:

Post a Comment

300 x 250

Follow Kami di Instagram untuk mendapatkan maklumat dan promosi terkini daripada kami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts